Tuesday, August 19, 2008

membazir itu kawan syaitan

WANITA SEBAGAI PENGGUNA
Wanita di zaman moden hari ini sudah tidak bergantung lagi pada orang lain seperti bapa, abang atau suami untuk mendapatkan keperluan mereka. Mereka boleh pergi membeli belah ke mana sahaja yang mereka suka untuk membuat pilihan sendiri. Lebih-lebih lagi bagi wanita yang bekerja dan punya pendapatan sendiri. Wang gaji yang diperolehi atau pun duit poket yang suami bagi untuk perbelanjaan sudah tentu menjadi haknya mengendalikan wang itu sebijak-bijaknya.Tetapi apa yang kita lihat, kaum wanitalah yang paling mudah ditipu oleh penjual dan sebagai pengguna mereka sering kerugian tanpa disedari. Oleh kerana tidak ada pengetahuan, tidak ambil endah tentang kualiti barang atau tertarik dengan tawaran murah, mudahlah mereka ditipu dan tertipu.Lebih-lebih lagi pengaruh iklan di media massa akan mendorong para pengguna untuk memiliki barang yang dipamerkan. Sebahagian iklan menghebahkan kehebatan sesuatu produk dengan menampilkan artis-artis sebagai pengguna berjaya. Ada pula tawaran-tawaran hadiah sampingan tapi dalam masa yang sama dibuat pula peraduan-peraduan yang bersyarat. Sebenarnya ia bertujuan untuk 'cover' kos pengiklanan. Mereka tidak akan sanggup buat perkhidmatan percuma kepada pelanggan tetapi sebaliknya berusaha untuk mendapatkan pulangan semula tanpa disedari oleh pengguna.Apa pun pengguna wanita hari ini semakin terpedaya dan terpikat dengan pelbagai tawaran hadiah, cabutan bertuah, gores dan menang dan seribu satu macam lagi kaedah penipuan tanpa disedari. Mengapa ini terjadi?!Marilah kita mengambil jalan yang paling selamat yang dianjurkan oleh Rasulullah kepada kita. Rasulullah bersabda: "Sesungguhnya membazir itu adalah kawan syaitan". Mari kita jadikan apa yang dianjurkan oleh Nabi kita ini sebagai realiti dalam hidup. Iaitu kita hanya membeli pada benda-benda samada barangan makanan, pakaian atau barangan rumah biarlah mengikut keperluan.Mengapa pula ianya menjadi begitu sukar bagi pengguna wanita untuk tidak membeli barang-barang yang tidak diperlukan? Kenapa mereka sukar buat pertimbangan yang tepat ketika membeli belah?Rupa-rupanya dalam hal membeli belah ini juga kita dapat mengenali nafsu dalam diri kita sendiri. Betapa nafsu kita kelihatan sangat tamak dan rakus. Nafsu yang rakus ini meruntun iman wanita hingga fikirannya juga telah dikuasai nafsu, dan jadilah wanita itu'pendek akal'. Lalu mereka tidak boleh fikir panjang lagi untuk mendapatkan barangan murahan dan tiada kualiti. Jika tidak dibendung oleh iman dan taqwa, nanti akan lahirlah golongan pengguna yang cinta dunia.Oleh itu wanita, pengguna yang dididik dengan iman saja yang boleh bersabar dan dapat menahan nafsunya dari berbelanja pada perkara-perkara yang tidak perlu dan membazir

No comments: