Wednesday, September 3, 2008
MENCARI REDHA TUHAN ATAU MENCARI GLAMOUR?
Kasihan manusia ini, ramai di antara mereka membuat kerja-kerja yang tidak seimbang bahkan adakalanya membuat kerja-kerja yang sia-sia. Kerja dunia yang sementara serius mereka mengusahakannya. Dunia yang tidak lama bertungkus-lumus mereka mendapatkannya. Bukan sahaja dunia tidak lama yang disangka lama, hidup sampai ke tua ramai yang mati muda.Ramai orang mengejar nama dan glamour, mereka tidak fikir lagi larangan Tuhan dan mereka menyangka glamour dan nama membawa bahagia. Kasihan mereka-mereka ini ditipu oleh angan-angannya.Mereka burulah nama dan glamour dengan bermacam-macam dan berbagai-bagai cara.Ramai orang kerana hendak nama dan glamor dia memanjat gunung, menyeberang, merenangi lautan, mengembara ke kutub,menggembara ke angkasa lepas dengan perbelanjaan yang sungguh mahalnya.Apakah dapat bersembahyang atau tidak, tidak diambil kira, mereka lakukanlah bersusah payah untuk sanjungan manusia. Ada yang jatuh patah kaki, tidak kurang ada yang mati. Di waktu hendak nama dan glamor itu melanggar syariat atau as sunnah peduli apa, yang penting berjaya, yang penting membina nama, media massa membuat berita,yang penting ada nama, bukan senang hendak terkenal.Begitulah manusia di hari ini kerana nama dan glamor sanggup mati kerananya, kalau kerana Tuhan untuk tidak berbuat bermacam-macam alasan. Susahlah, sibuklah tidak ada masalah kerana itulah solat Subuh sahaja ramai orang yang tertinggal. Mungkin juga solat dibuat tapi setelah matahari naik.Begitulah orang memperkecilkan Tuhan kerana berbagai-bagai alasan mengapa ditinggalkan kerana nama dan glamor tidak ada yang mustahil, boleh sahaja.Segala yang diusaha dan diperolehinya ditinggalkan tidak boleh dibawa sedangkan untuk Akhirat yang kekal abadi, selama-lama telah dicuaikannya. Mereka pergi ke negara yang kekal abadi tidak membawa apa-apa. Bekal ke sana waktu di dunia telah dilupakannya seperti tidak beribadah atau beribadah membuat sambil lewa, tidak berjiwa asal ada sahaja.Pemurahnya tidak ada, maaf-bermaafan tidak biasa, berkasih sayang sesama manusia telah dilupa.Sabar dan redha tak usah dikata, memang tidak ada mengutamakan orang lain bukan budaya hidupnya. Ziarah-menziarahi bukan budayanya, menghormati hukum-hakam Tuhan di dalam hidupnya bukan disiplin hidupnya,Islamnya hanya syahadah dan sedikit-sedikit ibadah lainnya itu pun bukan dari jiwa. Bertimbang rasa tidak dianggap agama, jiran tidak dianggap macam keluarga yang ada dia memikirkan kepentingan dirinya dan keluarga atau kroni-kroninya. Orang miskin, susah, dapat bala peduli apa! Yang dibawanya ke Akhirat ialah sifat sombong, tamak, bakhil, pemarah, zalim, megah, riyak, ujub, di samping lupa Tuhan, tidak takut dan tidak cintakan Tuhan.Di waktu ketika hendak mati masih di dalam angan-angan lagi ingin menambah harta, mencari nama, ingin glamor. Ketika itu juga masih hasad dengki, masih menghina orang, masih mengangkat diri, ajal pun sampai, mati tidak membawa apa-apa kebaikan, dengan kata-kata lain tidak membawa sifat taqwa sebagai bekal.Yang dibawanya hanya sifat-sifat mazmumah yang bernanah di dalam jiwanya. Aduh malang sekali, dia pergi ke Akhirat membawa barang-barang yang dimurka untuk ke Neraka, barang-barang yang dibawa untuk ke Syurga tidak ada, maka rugilah dia sepanjang masa buat selama-lamanya Waliyazubillah daripada berlakunya seperti yang dikata.
Sunday, August 24, 2008
Rahmat Tuhan...
Di antara rahmat Tuhan kepada hamba-Nya,apabila dia selalu diuji dengan bala supaya hidup rasa bertuhannya.Agar dia mengharapkan pertolongan Tuhannya.Mengaku bersalah, mengaku berdosa kerana itulah dia dibala.Perasaan itulah yang Tuhan mahu kepada hamba-hamba-Nya .
http://senjatawanita.blogspot.com/
http://www.mouncah.com/me046518
http://senjatawanita.blogspot.com/
http://www.mouncah.com/me046518
Tuesday, August 19, 2008
membazir itu kawan syaitan
WANITA SEBAGAI PENGGUNA
Wanita di zaman moden hari ini sudah tidak bergantung lagi pada orang lain seperti bapa, abang atau suami untuk mendapatkan keperluan mereka. Mereka boleh pergi membeli belah ke mana sahaja yang mereka suka untuk membuat pilihan sendiri. Lebih-lebih lagi bagi wanita yang bekerja dan punya pendapatan sendiri. Wang gaji yang diperolehi atau pun duit poket yang suami bagi untuk perbelanjaan sudah tentu menjadi haknya mengendalikan wang itu sebijak-bijaknya.Tetapi apa yang kita lihat, kaum wanitalah yang paling mudah ditipu oleh penjual dan sebagai pengguna mereka sering kerugian tanpa disedari. Oleh kerana tidak ada pengetahuan, tidak ambil endah tentang kualiti barang atau tertarik dengan tawaran murah, mudahlah mereka ditipu dan tertipu.Lebih-lebih lagi pengaruh iklan di media massa akan mendorong para pengguna untuk memiliki barang yang dipamerkan. Sebahagian iklan menghebahkan kehebatan sesuatu produk dengan menampilkan artis-artis sebagai pengguna berjaya. Ada pula tawaran-tawaran hadiah sampingan tapi dalam masa yang sama dibuat pula peraduan-peraduan yang bersyarat. Sebenarnya ia bertujuan untuk 'cover' kos pengiklanan. Mereka tidak akan sanggup buat perkhidmatan percuma kepada pelanggan tetapi sebaliknya berusaha untuk mendapatkan pulangan semula tanpa disedari oleh pengguna.Apa pun pengguna wanita hari ini semakin terpedaya dan terpikat dengan pelbagai tawaran hadiah, cabutan bertuah, gores dan menang dan seribu satu macam lagi kaedah penipuan tanpa disedari. Mengapa ini terjadi?!Marilah kita mengambil jalan yang paling selamat yang dianjurkan oleh Rasulullah kepada kita. Rasulullah bersabda: "Sesungguhnya membazir itu adalah kawan syaitan". Mari kita jadikan apa yang dianjurkan oleh Nabi kita ini sebagai realiti dalam hidup. Iaitu kita hanya membeli pada benda-benda samada barangan makanan, pakaian atau barangan rumah biarlah mengikut keperluan.Mengapa pula ianya menjadi begitu sukar bagi pengguna wanita untuk tidak membeli barang-barang yang tidak diperlukan? Kenapa mereka sukar buat pertimbangan yang tepat ketika membeli belah?Rupa-rupanya dalam hal membeli belah ini juga kita dapat mengenali nafsu dalam diri kita sendiri. Betapa nafsu kita kelihatan sangat tamak dan rakus. Nafsu yang rakus ini meruntun iman wanita hingga fikirannya juga telah dikuasai nafsu, dan jadilah wanita itu'pendek akal'. Lalu mereka tidak boleh fikir panjang lagi untuk mendapatkan barangan murahan dan tiada kualiti. Jika tidak dibendung oleh iman dan taqwa, nanti akan lahirlah golongan pengguna yang cinta dunia.Oleh itu wanita, pengguna yang dididik dengan iman saja yang boleh bersabar dan dapat menahan nafsunya dari berbelanja pada perkara-perkara yang tidak perlu dan membazir

DISIPLIN HIDUP ORANG BERTAQWA..
... Disiplin harian umat Islam yang sebaik-baiknya di waktu malam sunyi dia memohon, munajat mengadu kepada Allah, bangun sebelum Subuh, aktu bangun memuji Allah serta niat sepanjang hari itu hendak membuat baik, sembahyang lima waktu berjemaah, kalau boleh sembahyang Dhuha, tidur sebelum Zuhur qailullah namanya, tidak tidur selepas Asar dan Subuh, selepas Isyak membaca sedikit atau rehat sedikit atau buat perbincangan dengan keluarga, selepas itu pergi ke tempat tidur, sebelum tidur bertaubat dan berzikir sebanyak-banyaknya hingga tertidur dengan taubat dan zikir. Begitulah dibuat sepanjang masa kecuali kalau ada hal-hal yang mendadak sama ada masalah peribadi mahupun masalah masyarakat. Ubahsuailah dengan suasana dengan tidak mengorbankan yang wajib. Beginilah disiplin harian umat Islam kalau kita ingin memperkatakan disiplin. (Di makam Ibnu Arrabi, Damsyik Syria)
Monday, August 18, 2008
HIBURAN...
DUNIA AKAN KIAMAT...
"Dunia setiap hari berlakunya Kiamat, kebanyakan umat Islam tidak sedar, walaupun mereka percaya tentang Kiamat. Justeru ini terjadi secara sedikit-sedikit, dia tidak berlaku secara total dan global. Buktinya setiap hari tanah runtuh, rumah roboh, gunung jatuh, air bah, pokok tumbang, air laut melimpah ruah, kapal karam, kereta masuk gaung, orang mati, pelanggaran, gunung meledak"
(Disisi makam Nabi Allah Shuaib, Jordan)
Friday, July 18, 2008
BETULKAN HUBUNGAN ANDA DENGAN TUHAN..INSYALLAH TUHAN AKAN SELESAIKAN APA SAJA MASALAH ANDA..YAKINLAH!
MANUSIA SUDAH TIDAK MENJADIKAN TUHAN SEBAGAI TEMPAT RUJUK
Aslmkm ,semoga anda semua dalam rahmat & kasih sayang Tuhan.Marilah sama2 kita mensyukuri segala nikmat yang Tuhan berikan samada nikmat yg kita minta atau lebih2 lagi nikmat yg kita tidak minta.Hebatnya Tuhan.Sayangnya Tuhan pada kita. Setiap saat kita tidak terlepas dari rahmat & kasih sayang Tuhan.Tuhan yg maha agung ini sangat mengetahui segala keperluan hidup kita.Amat mengetahui.Tapi kenapa kita tidak merujuk Tuhan dalam segala tindakan kita.Manusia seolah2 makin lupa Tuhan kini... Jarang manusia meletakkan Tuhan sebagai sebagai tempat rujuk dalam segala hal.manusia kini sangat bersandarkan pada akal yg kemampuannya sangat terbatas.Sedangkan akal itu juga sifatnya hanya makhluk yg sangat lemah.Tuhan semakin dilupakan kini. Tuhan hanya diingati apabila perlu saja.seolah2 Tuhan itu hanya mampu menyelesaikan setengah atau sebahagian saja keperluan manusia. Tuhan kini hanya diingati ketika majlis rasmi saja.Kenapa manusia sekarang jadi begini? sedangkan segala isi bumi dan langit ini Tuhan yang punya.....Kenapa sampai kita melupakan Tuhan dalam kehidupan.Kita memperkecilkan kemampuan & kekuasaan Tuhan sebenarnya.... Ok...salam perkenalan untuk semua...kita jumpa lagi.wassallam.
Subscribe to:
Posts (Atom)