Tuesday, March 9, 2010
Sunday, February 28, 2010
Kembara di bumi tuhan...Jordan Bumi ambia'
Inilah Pasar Abdali,Amman Jordan. Harganya sungguh murah
Kembara di bumi tuhan...Transit kejap kat Kuwait
Transit kejap kat Kuwait. Duduk kat hotel berdekatan airport. Dalam kapalterbang dari Bangkok penuh wanita-wanita dari Filipina yg berkerja diTimur Tengah. Dalam bas dari bangkok ke Hotel saya seorang saja dari malaysia.Yg lainnya semua dari Filipina.Mereka ni bila sampai saja negara Arab terus pakai tudung (walaupun bukan Islam..) Dalam kapalterbang seksi habis..Tapi bila nak balik semula ke filipina terus cabut tudung bila dah masuk ruang berlepas kat airport.Kuwait negara kaya.Hotelnya mewah dan makanan yg dihidangkan masa kat hotel lazat sungguh.tapi kat hotel semua pekerjanya dari India.begitu juga airport yg dipenuhi puak-puak Bangla. Bangla2 nilah yg dok ambil gambar saya. Kat ruang lobi hotel tak boleh merayau.Kena hambat masuk bilik.tak tahu kenapa.
saya ni budak kampung.Cakap orang putih bukan bagus sangat.lagipun dulu cikgu ajar guna bahasa melayu.Tapi time berjalan seorg macam ni boleh pulak....tapi broken punyalah.yg penting orang faham.pakai main cakap saja.yg pelik tiada masalah pulak.dulu belajar bahasa arab pun sekerat jalan saja.jadi kena cakap orang putihlah masa ini..
Kembara dibumi Tuhan... Bangkok, Thailand
Bagusnya Kuwait Airways ialah sebelum berangkat dipaparkan pada skrin gambar-gambar kebesaran Tuhan.Kemudian dibacakan doa menaiki kenderaan. Sekurang-kurangnya penumpang teringat kebesaran Tuhan sepanjang perjalanan. Syarikat penerbangan di negara kita agaknya bila nak buat macam ini?Sepanjang perjalanan selama 8 jam sepatutnya hati kita makin TAKUT & CINTAKAN TUHAN....jpg)
.jpg)
.jpg)
Dari KLIA terus ke Bangkok Thailand. Tiket agak murah kalau dari sini. Naik Kuwait Airways. Sampai waktu maghrib di airport bangkok.Nak berangkat dari Bangkok ke Kuwait jam 2.30 pagi.Tak tahu nak buat apa.Nak makan pun susah sebab kurang makanan halal.Call member kat Bangkok supaya datang ambil tapi dia tak boleh datang sebab malam tersebut ada perayaan besar-besaran kaum agama budha yg perarakannya berpuluh-puluh kilometer sepanjang bandar bangkok.Mujur ada beli biskut masa di KLIA.Jadi..makanlah biskut tu sampai jam 2.30. Airport dipenuhi masyarakat Islam Thai yg nak berangkat menunaikan Fardhu haji.Tapi masalahnya...semua tak reti cakap melayu
Tuesday, December 29, 2009
Inilah sifat seorang hamba Tuhan....
Sifat Hamba
Ya Allah! Ingatkanlah aku selalu
setiap apa yang berlaku padaku
Apabila mendapat nikmat
ingatkan aku bersyukur pada-Mu
Jika mendapat ujian kesusahan,
ingatkan aku bersabar dengan ujian ini
Bila Engkau takdirkan aku sesuatu,
ingatkan aku redha pada-Mu
Tuhan! Jika aku berdosa,ingatkan aku bertaubat
Bila aku cuai,ingatkan aku meminta maaf pada-Mu
Jika aku terlalai, ingatkan aku pada-Mu agar aku sedar
Kalau aku melihat sesuatu kejadian
ingatkan aku itu adalah pengajaran
Tuhan! Siapalah aku sebagai hamba
tentu selalu lalai dan cuai
Yang penting Engkau ingatkan aku selalu
Setiap kali cuai dan lalai
peringatkan aku mengingati-Mu
Setiap kali berlaku cuai, sedarkan aku
Itulah yang aku harap dari-Mu
Tuhan! Jangan jadikan aku hati yang keras
Payah menerima kebenaran
bahkan benci dan menentangnya
Lembutkan hatiku Tuhan
agar air mataku menitis mengenang kesalahan
Senang menerima ingatan dan pengajaran
Pimpinlah aku selalu Tuhan!
Apabila aku beramal terjauh dari riyak dan megah
Pimpinlah aku selalu Tuhan,
bila dipuji hatiku menolak
Jika aku dikeji itu memanglah bagiku layak

Thursday, December 24, 2009
Orang yang kenal Tuhannya...
(Bersama Syeikh Abu Khalid yang merupakan ketua Bani syamar di Jordan)
Ada orang mengatakan yang dia cinta Tuhan. Benarkah begitu? Sedangkan yang kata kenal Tuhan itu hanya boleh cerita tentang Tuhan. Menceritakan tentang Tuhan itu sebenarnya baru tahu tentang Tuhan. Belum tentu kenal lagi. Setakat menceritakan, ramai yang bukan Islam boleh cerita tentang Tuhan. Malah Tuhan menjadi bahan kajian mereka. Apakah orang bukan Islam itu mengenali Tuhan? Untuk test orang itu kenal Tuhan atau tidak, kayu ukurnya cinta Tuhan. Maksudnya di sini, kalaulah orang itu benar-benar kenal Tuhan, sudah pasti dia akan jatuh cinta dengan Tuhan. Sebab kenal dengan cinta itu saling kait mengait. Tak kenal maka tak cinta. Sudah kenal pasti jatuh cinta. Maksud kenal ini bukan boleh sekadar di bibir sahaja, sekadar menjadi sebutan. Atau sekadar cakap-cakap. Lebih baik daripada itu sekadar tulis-tulis. Yang mana ini semua datang dari hasil ingatan atau hafalan. Lebih baik daripada itu boleh menghurai sahaja sedangkan tiada penghayatan dan penjiwaan.Kerana itu kenal mesti mengenali daripada hati. Yang mana hasil kenal itu, jatuh cinta yang juga daripada hati. Kenal itulah yang membawa faham. Faham tentang Tuhan membuatkan seseorang itu membuat apa sahaja perkara di dunia ini sesuai dengan kehendak Tuhan. Faham sungguh apa kehendak Tuhan. Faham sungguh apa yang tidak disukai Tuhan. Faham bagaimana nak beradab dengan Tuhan. Cinta itu pula membawa kepada takut. Takut sangat cinta itu terputus di tengah jalan. Takut sangat cinta itu tidak berpanjangan. Kalau boleh biarlah cinta itu berlama-lama sepanjang hayat, sepanjang masa. Janganlah cinta itu terhenti separuh jalan. Janganlah cinta itu tidak berbalas. Bila tidak berbalas ibarat bertepuk sebelah tangan. Begitulah hasil orang yang kenal, cinta dan takut Tuhan. Orang seperti ini adalah orang yang dekat dengan Tuhan. Orang seperti ini membuktikan cintanya dengan berkorban untuk Tuhan. Dia sanggup berkorban apa sahaja yang ada pada dirinya untuk Tuhan. Malah cinta dan takut itu jugalah yang membuatkan dia sangat mengasihi dan menyayangi sesama makhluk Tuhan. Orang ini, dia mendapat gelaran ‘Arifbillah. Orang inilah yang dimaksudkan hadis, Hendaklah kamu bersama Allah, dan sudah pasti kamu tidak mampu, oleh kerana itu bersamalah dengan orang yang sudah dapat bersama Allah (Arifbillah). Kerana bila kamu bersama ‘Arifbillah, sama seperti kamu bersama Allah.

Subscribe to:
Posts (Atom)