Tuesday, March 9, 2010

Lagi tentang Ashabul kaffi...(kesan didalam gua)








Gua Ashabul Kaffi....lambang keteguhan iman pemuda

Sedang berbaris untuk memasuki gua Ashabul Kaffi

Ini merupakan peninggalan sejarah yang wajib dilawati jika anda ke Jordan. Kisah bagaimana 7 orang pemuda yang lari dari pemerintah yang zalim hanya kerana ingin mempertahankan akidah mereka. Masih ada lagikah pemuda-pemuda sebegini dizaman ini?




Sunday, February 28, 2010

Kembara di bumi tuhan...Jordan Bumi ambia'

Berlatarbelakang sebuah masjid lama di Kota Amman,Jordan.

Masa ni sedang cari baju sejuk.Cuaca sejuk sungguh. Sepanjang disana boleh kira dengan jari mandi pagi sebab sangat sejuk.Rasanya tak pernah mandi pagi.main lap2 dengan air begitu saja.Kebetulan di Jordan,airnya memang sentiasa dicatu.

Inilah Pasar Abdali,Amman Jordan. Harganya sungguh murah

Kembara di bumi tuhan...Transit kejap kat Kuwait






Transit kejap kat Kuwait. Duduk kat hotel berdekatan airport. Dalam kapalterbang dari Bangkok penuh wanita-wanita dari Filipina yg berkerja diTimur Tengah. Dalam bas dari bangkok ke Hotel saya seorang saja dari malaysia.Yg lainnya semua dari Filipina.Mereka ni bila sampai saja negara Arab terus pakai tudung (walaupun bukan Islam..) Dalam kapalterbang seksi habis..Tapi bila nak balik semula ke filipina terus cabut tudung bila dah masuk ruang berlepas kat airport.Kuwait negara kaya.Hotelnya mewah dan makanan yg dihidangkan masa kat hotel lazat sungguh.tapi kat hotel semua pekerjanya dari India.begitu juga airport yg dipenuhi puak-puak Bangla. Bangla2 nilah yg dok ambil gambar saya. Kat ruang lobi hotel tak boleh merayau.Kena hambat masuk bilik.tak tahu kenapa.

saya ni budak kampung.Cakap orang putih bukan bagus sangat.lagipun dulu cikgu ajar guna bahasa melayu.Tapi time berjalan seorg macam ni boleh pulak....tapi broken punyalah.yg penting orang faham.pakai main cakap saja.yg pelik tiada masalah pulak.dulu belajar bahasa arab pun sekerat jalan saja.jadi kena cakap orang putihlah masa ini..

Kembara dibumi Tuhan... Bangkok, Thailand

Bagusnya Kuwait Airways ialah sebelum berangkat dipaparkan pada skrin gambar-gambar kebesaran Tuhan.Kemudian dibacakan doa menaiki kenderaan. Sekurang-kurangnya penumpang teringat kebesaran Tuhan sepanjang perjalanan. Syarikat penerbangan di negara kita agaknya bila nak buat macam ini?Sepanjang perjalanan selama 8 jam sepatutnya hati kita makin TAKUT & CINTAKAN TUHAN...















Dari KLIA terus ke Bangkok Thailand. Tiket agak murah kalau dari sini. Naik Kuwait Airways. Sampai waktu maghrib di airport bangkok.Nak berangkat dari Bangkok ke Kuwait jam 2.30 pagi.Tak tahu nak buat apa.Nak makan pun susah sebab kurang makanan halal.Call member kat Bangkok supaya datang ambil tapi dia tak boleh datang sebab malam tersebut ada perayaan besar-besaran kaum agama budha yg perarakannya berpuluh-puluh kilometer sepanjang bandar bangkok.Mujur ada beli biskut masa di KLIA.Jadi..makanlah biskut tu sampai jam 2.30. Airport dipenuhi masyarakat Islam Thai yg nak berangkat menunaikan Fardhu haji.Tapi masalahnya...semua tak reti cakap melayu